Tingkat kesedaran tentang kepentingan penjagaan kesihatan mental
 Posted on : Oct 12, 2025, 7:58AM   4 total views  Category : Local News
Pengiran Datin Seri Paduka Hajah Zety Sufina semasa menghadiri sesi ceramah berkenaan. – GAMBAR OLEH SIM Y. H.

Oleh Sim Y. H. –

BANDAR SERI BEGAWAN, 10 OKT – Kementerian Kesihatan melalui Pusat Promosi Kesihatan, Perkhidmatan Psikiatri dan Perkhidmatan Psikologi telah mengadakan acara sambutan Hari Kesihatan Mental Sedunia 2025 di Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas, hari ini.

Acara tersebut dijayakan sebagai salah satu acara sampingan semasa Persidangan Antarabangsa Penyakit-penyakit Tidak Berjangkit (NCD) 2025 yang sedang berlangsung bermula 8 hingga 12 Oktober.

Pada acara berkenaan, beberapa sesi ceramah dan taklimat, serta pembarigaan yang berkaitan dengan kesihatan mental dan kepentingan penjagaannya telah diadakan.

Acara utama merupakan pembentangan bertajuk Building Resilience amidst Catastrophes-A Journey of Tawakkul, yang disampaikan oleh penceramah jemputan dari Singapura, Sharmeem Sultanah.

Hadir pasa sesi pembetangan ceramah berkenaan ialah Timbalan Menteri Kewangan dan Ekonomi (Fiskal), Pengiran Datin Seri Paduka Hajah Zety Sufina binti Pengiran Dato Paduka Haji Sani.

Di samping itu, acara yang mendapat sambutan orang ramai ialah forum Mental Health Journeys and Voices of Experience: Stories of Resilience and Hope, yang telah mengetengahkan kisah-kisah pengalaman hidup individu-individu yang pernah mengalami masalah kesihatan mental.

Mereka telah mampu mengatasinya dengan sokongan daripada ahli-ahli keluarga, teman-teman dan masyarakat sekeliling dan yang penting sekali, dengan semangat diri yang kuat dan keimanan kepada Allah SWT.

-- Courtesy of Media Permata

HITS: