LONDON, 22 OKT – Viktor Gyokeres menjaringkan dua gol ketika Arsenal tundukkan Atletico Madrid 4-0 melanjutkan permulaan sempurna The Gunners dalam Liga Juara-Juara kelmarin.
Gabriel Magalhaes dan Gabriel Martinelli membuka jaringan sebelum dua gol Gyokeres, dengan semua gol dihasilkan dalam tempoh 13 minit sebelum dan selepas sejam perlawanan.
Kemarau jaringan Gyokeres telah membimbangkan Mikel Arteta semasa permulaan kempen apabila penyerang Sweden yang datang dari Sporting Lisbon hanya jaringkan tiga gol dalam perlawanan di tempat sendiri dalam 11 penampilan sebelumnya.
“Semoga ini akan jadi permulaan yang baik dari sekarang,” kata Arteta. Itulah tujuan kami membawanya ke sini. Tuntutannya terhadap dirinya sangat tinggi, tetapi kami hargai segala usahanya untuk pasukan.”
Tetapi seperti yang sering terjadi, pasukan Arteta hanya bergantung pada set piece untuk menang.
Sepakan percuma Declan Rice telah disempurnakan oleh Gabriel yang membongkok dan menanduk masuk ke penjuru bawah gol.
Lewis Skelly kemudiannya membuat hantaran ke Martinelli sebelum disudahkan dengan jaringan melencong ke sudut jauh menghasilkan satu lagi gol Arsenal.
Gyokeres kemudian mendapat sedikit peluang yang diperlukan untuk menamatkan kemarau golnya di depan gawang apabila rembatannya dari jarak dekat melantun dari David Hancko menyebabkan Jan Oblak tidak berdaya menghalang jaringan.
Tiga minit kemudian, Gyokeres menyempurnakan satu lagi jaringan lebih dekat ke gawang selepas Gabriel menyambut sepakan sudut Rice dengan tandukan.
“Sudah tentu sebagai penyerang, awda mahu menjaringkan gol. Hebat apabila dapat menjaringkan dua gol dan menang kerana ia menunjukkan di mana kami berada,” kata Gyokeres. – AFP
-- Courtesy of Media Permata