Pelakon asal Taiwan, Xie Jie Kai akhirnya membuat pengakuan pemalsuan dokumen bagi mengelak namanya disenaraikan daripada menyertai latihan ketenteraan.
Memetik laporan mStar, Jie Kai, 42, dalam kenyataan kepada pihak berkuasa mendedahkan dia membayar wang berjumpa kira-kira RM21,000 kepada satu sindiket.
Bayaran tersebut bertujuan untuk mendapatkan sebuah laporan kesihatan palsu yang mengesahkan dia menghidap penyakit tekanan darah tinggi.
Namun, selepas menjalani pemeriksaan perubatan, dia layak untuk meneruskan latihan ketenteraan.
Jie Kai ditahan pihak berkuasa pada 21 Oktober dan kini masih lagi dalam siasatan polis.
Susulan pengakuan itu juga, pihak berkuasa giat menjalankan siasatan kumpulan sindiket yang menawarkan perkhidmatan begitu.
Jie Kai bukanlah golongan selebriti yang pertama ditahan atas kesalahan seperti ini.
Pada Mei lalu beberapa selebriti termasuk Daniel Chen, Jushe Lee daripada kumpulan Choc7, dan penyanyi Nine Chen turut ditahan.
Pada Jun 2016, nama Jie Kai disenaraikan dalam latihan sama namun dia hanya menjalaninya separuh jalan atas alasan isterinya hamil. – Agensi
-- Courtesy of Media Permata