Perbadanan TAIB rai 39 pemenang
 Posted on : Nov 1, 2025, 11:51AM   9 total views  Category : Local News
Gambar ramai pada majlis penyampaian hadiah tersebut. – GAMBAR OLEH RAFI ROSLI

Oleh Yusrin Junaidi – 

BANDAR SERI BEGAWAN, 31 OKT – Seramai 39 orang pemenang telah diraikan pada majlis penyampaian hadiah bagi menghargai penyertaan dan sokongan pelanggan terhadap enam kempen promosi yang dianjurkan Perbadanan Tabung Amanah Islam Brunei (TAIB) sepanjang tahun ini di Dewan London, Airport Mall.

Hadir selaku tetamu kehormat sekali gus menyempurnakan penyampaian hadiah kepada para pemenang ialah Pemangku Pengarah Urusan Perbadanan TAIB, Dr Norfarizal bin Othman.

Turut hadir, Wakil Mastercard Brunei, Juswira Momin, ahli-ahli pengurusan Perbadanan TAIB serta para jemputan.

Majlis berkenaan diadakan bagi mengiktiraf usaha pelanggan dalam menyokong inisiatif Perbadanan TAIB untuk menggalakkan budaya menabung, menghargai kesetiaan pelanggan serta memupuk penggunaan perkhidmatan digital seperti tarus, STP dan TAIB Mastercard.

Antara kempen yang diraikan ialah Promosi Apply and Win sempena Pesta Pengguna ke-30, dengan hadiah disampaikan oleh Ketua Sumber Manusia, Sharifah Ratna binti Haji Syed Abdul Rahim.

-- Courtesy Media Permata

HITS: