Raja Charles lucut gelaran Putera Andrew
 Posted on : Nov 1, 2025, 11:57AM   10 total views  Category : World
Raja Charles dan Andrew Mountbatten Windsor ketika menghadiri Upacara Most Noble Order of the Garter di Istana Windsor, selatan England, pada 15 Jun 2015. – AFP

LONDON, 31 OKT – Raja Charles III telah menarik balik semua gelaran diraja adiknya, Putera Andrew serta mengarahkan beliau untuk meninggalkan kediaman lamanya di estet Windsor, menurut kenyataan Istana Buckingham, kelmarin.

Tindakan itu merupakan perkembangan terbaharu dalam siri kontroversi yang melibatkan Putera Andrew berhubung skandal Jeffrey Epstein.

Menurut kenyataan rasmi, Putera Andrew kini akan dikenali sebagai Andrew Mountbatten-Windsor dan Raja Charles telah memulakan proses rasmi untuk melucutkan semua gelaran diraja yang dipegang oleh adiknya itu.

Putera Andrew juga diarahkan untuk berpindah dari kediamannya yang terletak di kawasan luas Istana Windsor dan akan ditempatkan di kediaman persendirian alternatif secepat mungkin.

Pengumuman itu dibuat selepas gelombang kemarahan susulan dakwaan baharu serangan seksual yang dikemukakan oleh salah seorang penuduh utama Epstein terhadap Andrew, 65, yang menafikan tuduhan tersebut.

-- Courtesy Of Media Permata

HITS: