17 minutes ago Sukan Sinner juara Paris Masters 1 hour ago Nasional 4 ahli RS lulus ujian tasmik 2 hours ago Nasional Mesyuarat Agung PEKIKIK pilih barisan pemimpin baharu 3 hours ago ASEAN R
 Posted on : Nov 3, 2025, 7:20PM   7 total views  Category : Sports
Aksi Erling Haaland semasa menentang Bournemouth di Stadium Etihad di Manchester kelmarin. – AFP

MANCHESTER, 3 NOV – Erling Haaland menjaringkan dua gol untuk melonjakkan Manchester City ke tangga kedua Liga Perdana setelah menang 3-1 ke atas Bournemouth kelmarin.

Kecemerlangan berterusan Haaland kekalkan cabaran City merebut gelaran apabila setelah mengurangkan jurang dengan Arsenal kepada enam mata dan kelebihan satu mata di hadapan Liverpool, yang akan mereka hadapi hujung minggu depan.

“Ia kemenangan penting,” kata Haaland. “Bagus untuk bangkit semula selepas kalah teruk di tempat lawan. Ia bagus. Saya cuba menyumbang untuk pasukan dengan melakukan tugas saya dan kami menang lagi.”

Walaupun terima kekalahan pertama dalam 10 perlawanan di tempat lawan semasa menentang Aston Villa hujung minggu lalu, Pep Guardiola tetap yakin pasukannya boleh menjadi ancaman kepada Arsenal menjelang Mei.

“Bournemouth adalah salah satu pasukan paling mencabar yang pernah kami hadapi,” kata Guardiola. “Kami menemui rentak kami dan hari ini kami lebih baik dalam banyak aspek.”

Bournemouth bermula dengan cemerlang tetapi barisan pertahanan terdedah pada minit ke-17 apabila tandukan Cherki membolehkan Haaland meluru dan merembat melepasi Djordje Petrovic.

Pelawat menyamakan kedudukan lapan minit kemudian apabila Gianluigi Donnarumma mendakwa dia dihalang semasa cuba menepis sepakan sudut sebelum Tyler Adams menjaringkan bola yang terlepas.

Namun Haaland mengembalikan kelebihan City sebelum separuh masa dengan meluru ke arah satu lagi hantaran Cherki di belakang pertahanan Bournemouth untuk memintas Petrovic dan menjaringkan gol.

Seterusnya Foden membantu menghantar bola sebelum O’Riley membuat larian dan melepaskan rembatan rendah menambah jaringan City.

Haaland dinafikan peluang untuk menjaringkan hatrik apabila dia digantikan oleh Omar Marmoush lapan minit sebelum tamat.

“Awda perlu tanya Pep kenapa,” tambah Haaland. “Saya rasa mungkin ada beberapa pengurus (bola sepak) fantasi yang tidak begitu gembira apabila saya digantikan!” – AFP

-- Courtesy of Media Permata

 

HITS: