JKR laksana kerja penurapan jalan di dua lokasi
 Posted on : Nov 10, 2025, 9:25PM   6 total views  Category : Local News
Gambar lokasi penutupan sementara separuh jalan di Jalan Tutong iaitu menghala Sengkurong.

BANDAR SERI BEGAWAN, 10 NOV – Jabatan Kerja Raya (JKR) memaklumkan penutupan sementara separuh jalan di Jalan Tutong iaitu menghala Sengkurong akan diadakan hari ini sehingga kerja-kerja selesai bermula pukul 7 malam hingga 5.30 pagi.

Penutupan itu adalah disebabkan kerja-kerja membaiki dan menurap semula jalan di Jalan Tutong di antara persimpangan Telanai dan persimpangan Bengkurong Masin.

Pengguna jalan dinasihatkan untuk sentiasa berhati-hati dan mematuhi papan tanda arahan jalan raya serta had kelajuan yang telah ditetapkan.

Sementara itu, di KM BM 23.1 sehingga KM BM 15.4 pula akan dilaksanakan kerja-kerja penurapan aspal di sepanjang jambatan Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien iaitu menghala Brunei-Muara.

Kerja-kerja itu akan dilaksanakan sepanjang masa sehingga kerja-kerja selesai yang bermula 10 November sehingga 21 November.

Sehubungan itu, jalan lencongan disediakan dan pengguna jambatan dinasihatkan untuk sentiasa berhati-hati serta mematuhi papan tanda arahan jalan raya serta had kelajuan yang telah ditetapkan.

-- Courtesy of Media Permata

HITS: