Dayang Maria Nacase juara kejohanan Boling
 Posted on : Nov 11, 2025, 10:58PM   8 total views  Category : Sports
GAMBAR OLEH YUSRIN JUNAIDI

BANDAR SERI BEGAWAN, 11 NOV – Seramai 36 orang pemain boling wanita yang terdiri daripada ahli-ahli Kelab Queen of The Lanes (QOTL), dan Kelab Boling Filipina telah menyertai Kejohanan Boling anjuran Kelab QOTL sempena ulang tahun ke-11 kelab berkenaan yang diadakan di iBowl Utama, Batu Satu, baru-baru ini.

Hadir selaku tetamu kehormat bagi menyempurnakan penyampaian hadiah kepada para pemenang, Timbalan Setiausaha Tetap, Kementerian Pembangunan, Dayang Hajah Norhayati binti Haji Mohd Yaacub.

Menerusi kejohanan tersebut, Dayang Maria Nacase muncul sebagai juara dengan catatan jatuhan pin sebanyak 502.

Sementara tempat kedua dimenangi oleh Dayang Radzma Inawan Jappalul dengan kutipan jatuhan pin sebanyak 487, manakala Hajah Dayang Siti Mariam binti Haji Awang Othman berada di tempat ketiga dengan 486 jatuhan pin.

Kejohanan tersebut dibukakan kepada para pemain berumur 35 tahun ke atas yang antara lain bertujuan bukan sahaja untuk menyerlahkan bakat kaum wanita agar lebih aktif dalam sukan boling, tetapi juga bagi mengeratkan hubungan silaturahim sesama penggemar sukan berkenaan di negara ini.

-- Courtesy of Media Permata
 

HITS: