Bintang filem Black Panther, Chadwick Boseman, pada Khamis menerima penghormatan secara anumerta menerusi peng-anugerahan sebuah bintang di Hollywood Walk of Fame.
Pengarah Black Panther (2018), Ryan Coogler, pelakon Viola Davis serta balu mendiang, Simone Ledward-Boseman, mengetuai majlis itu di pusat industri hiburan Hollywood.
“Hari ini sangat indah,” kata Ledward-Boseman kepada AFP. “Semua orang hadir dengan penuh kasih sayang dan kegembiraan. Kami semua begitu bangga dengan insan yang kami kenal dan kasihi.”
Coogler mengingati Boseman sebagai seorang yang amat pemurah. “Walaupun dia mengetahui waktunya semakin singkat, dia tetap memberi yang terbaik kepada seni. Dia terus mencurahkan seluruh jiwa raganya,” katanya.
Chadwick Boseman memulakan kerjayanya dalam teater dan televisyen sebelum beralih ke layar perak. Boseman meninggal dunia pada 2020 ketika berusia 43 tahun selepas menghidap kanser kolon selama empat tahun. – AFP
-- Courtesy of Media Permata