Sepakan gunting Ronaldo lengkapkan kemenangan Al Nassr
 Posted on : Nov 25, 2025, 7:24AM   3 total views  Category : Sports
Ronaldo (kanan) melakukan sepakan basikal semasa menjaringkan gol keempat pasukannya di Al-Awwal Park di Riyadh pada 23 November. – AFP

RIYADH, 24 NOV – Cristiano Ronaldo mengembalikan detik kegemilangan dengan sepakan gunting yang menakjubkan buat pasukan Saudi, Al Nassr, dalam kemenangan 4-1 ke atas Al Khaleej.

“Kapsyen terbaik menang!” tulis pemain antarabangsa Portugal ber-usia 40 tahun itu di X selepas jaringan ajaibnya pada minit ke-96 kelmarin di tempat sendiri menentang Al Khaleej.

Kemenangan cemerlang di Riyadh meletakkan pasukan Ronaldo empat mata di hadapan di puncak Liga Pro Saudi selepas sembilan perlawanan.

Bekas bintang Liga Perdana, Joao Felix dan Sadio Mane turut menjaringkan gol.

Bekas bintang Real Madrid dan Manchester United, Ronaldo masih belum memenangi sebarang trofi utama sejak berpindah ke kelab Saudi itu hampir tiga tahun lalu. – AFP

-- Courtesy of Media Permata

HITS: