Donald Glover mengaku alami strok
 Posted on : Nov 25, 2025, 7:29AM   1 total views  Category : Entertainment
Donald Glover semasa membuat persembahan pada Anugerah BET pada Jun 2024, di Teater Peacock, Los Angeles. Dia disahkan doktor hadapi strok. – Gambar Fail AP

Donald Glover membuka cerita tentang kebimbangan kesihatan baru-baru ini yang memaksanya membatalkan jelajahnya tahun lepas.

Pada masa itu, dia menyifatkannya sebagai suatu ‘penyakit’ tetapi Glover berkata pada malam Sabtu di satu persembahan bahawa dia diberitahu telah mengalami strok oleh seorang doktor.

Glover, yang membuat persembahan di bawah nama panggilan Childish Gambino, berkongsi maklumat itu di atas pentas di Tyler, festival Creator’s Camp Flog Gnaw di Los Angeles. Kenyataannya dikongsi secara meluas di media sosial.

“Awda semua bertanya ‘di mana saya berada’,” kata Glover, 42. “Saya mengalami sakit kepala yang sangat teruk di Louisiana dan saya tetap melakukan persembahan itu. Saya tidak dapat melihat dengan baik, jadi apabila kami pergi ke Houston, saya pergi ke hospital dan doktor berkata, ‘Awda mengalami strok.'”

Glover berkata dia rasa seperti dia mengecewakan semua mengatakan bahawa dia masih belum pernah ke Ireland. Dia juga mendedahkan bahawa, “mereka menemui lubang” di jantungnya dan dia terpaksa menjalani dua pembedahan.

“Mereka mengatakan setiap orang mempunyai dua nyawa dan nyawa kedua bermula apabila awda sedar bahawa awda mempunyai satu nyawa,” kata Glover. “Awda hanya mempunyai satu nyawa, kawan-kawan, dan sejujurnya saya akui kehidupan yang saya jalani bersama awda semua adalah satu rahmat.” – AP

-- Courtesy of Media Permata

HITS: