17 maut dalam insiden tanah runtuh, banjir kilat di Sumatera
 Posted on : Nov 27, 2025, 6:35AM   6 total views  Category : Local News
Pasukan penyelamat mengusung wanita dan kanak-kanak menaiki bot getah ketika banjir melanda kawasan kediaman di Padang, Sumatera Barat, Indonesia pada 25 November. – AFP

1 minitmembaca

MEDAN, 26 NOV – Pasukan penyelamat menemui beberapa lagi mayat dalam usaha mencari puluhan mangsa yang tertimbus atau hanyut selepas hujan lebat yang mencetuskan banjir kilat dan tanah runtuh di Pulau Sumatera, Indonesia, membawa jumlah korban kepada 17 orang, manakala enam lagi masih hilang, menurut pihak berkuasa hari ini.

Menurut kenyataan Polis Negara, pasukan penyelamat menghadapi kesukaran untuk sampai ke kawasan terjejas di enam daerah di wilayah Sumatera Utara selepas hujan monsun minggu lalu telah mengakibatkan sungai melimpah, memusnahkan kampung di kawasan berbukit apabila lumpur, batu dan pokok hanyut melanda kawasan tersebut.

Sehingga hari ini, pasukan penyelamat telah menemui kira-kira lima mayat dan tiga orang cedera di bandar paling teruk terjejas, Sibolga. Mereka kini sedang mencari empat lagi penduduk kampung yang dilaporkan hilang, menurut kenyataan itu.

Manakala di daerah berhampiran, Tapanuli Tengah, tanah runtuh turut menimpa beberapa rumah, mengorbankan empat ahli sekeluarga dan banjir tersebut turut menenggelamkan hampir 2,000 rumah dan bangunan di kawasan tersebut.

Pasukan penyelamat juga menemui tujuh lagi mayat di daerah Tapanuli Selatan, menjadikan jumlah korban meningkat kepada lapan.

Banjir dan tanah runtuh di kawasan itu telah menumbangkan pokok, memaksa lebih 2,800 penduduk berpindah ke pusat pemindahan sementara selain mencederakan 58 orang, menurut jurucakap Agensi Pengurusan Bencana Negara, Abdul Muhari. – AP

-- Courtesy of Media Permata
 

HITS: