Arsenal kekalkan rekod sempurna
 Posted on : Nov 28, 2025, 7:12AM   5 total views  Category : Sports
Arsenal menewaskan Bayern Munich dalam pertembungan pendahulu liga England dan Jerman untuk mengekalkan rekod sempurna mereka dalam Liga Juara-juara musim ini. – AFP

LONDON, 27 NOV – Arsenal menewaskan Bayern Munich 3-1 dalam pertembungan pendahulu liga Inggeris dan Jerman kelmarin untuk mengekalkan rekod cemerlang mereka dalam Liga Juara-juara musim ini.

The Gunners menguasai separuh masa kedua selepas pemain tengah Bayern yang berusia 17 tahun, Lennart Karl, berjaya memadamkan jaringan pembukaan Jurrien Timber pada awal perlawanan.

Noni Madueke membuka jaringannya untuk pasukan pendahulu Liga Perdana Inggeris itu bagi mengembalikan kelebihan mereka dan pemain gantian, Gabriel Martinelli, memanfaatkan kesilapan penjaga gol Bayern, Manuel Neuer.

Kapten England, Harry Kane, bekas pemain Tottenham, mengalami kepulangan yang menyedihkan ke London, yang mana dia bukan sebagai pemain utama dalam pasukkannya walaupun mempunyai rekod jaringannya yang hebat untuk juara Eropah enam kali itu.

“Bayern Munich musim ini telah membuktikan mereka merupakan pasukan terbaik di Eropah,” kata pemain tengah Arsenal, Declan Rice, kepada TNT Sports.

“Ini mungkin perlawanan taktikal paling sukar yang pernah kami hadapi musim ini. Cara mereka bermain, sangat bagus,” tambahnya.

Pemain England itu berkata, musim ini terasa berbeza daripada kempen sebelumnya, apabila Arsenal sekali lagi tewas, menamatkan musim di tempat kedua Liga Perdana Inggeris untuk musim ketiga berturut-turut.

“Terdapat ramai pemimpin dalam pasukan,” tambah Rice. “Kami hanya berdepan satu perlawanan pada satu masa. Terdapat keinginan dan semangat untuk memenangi setiap perlawanan. Perjalanan masih jauh, kami tidak boleh terlalu leka,” ujarnya. – AFP 

-- Courtesy of Media Permata
 

HITS: